Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Akar umbi UMNO tidak selesa dan tidak bersetuju dengan idea Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional (MN).

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, lapor FMT hari ini.

“Saya menerima banyak maklum balas dari akar umbi yang tidak selesa dengan idea (PPBM bergabung dengan MN) dan tidak setuju dengan langkah tersebut.

“Ramai ahli UMNO masih ingat penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan kepada kami (oleh pemimpin Bersatu sebelum PRU14) dan masih terasa sakit sehingga kini,” katanya sambil menambah UMNO perlu mendengar keluhan akar umbinya.

“Kehadiran saya di sini (sebagai timbalan presiden) adalah kerana akar umbi, jadi kepentingan mereka mesti dijaga,” katanya.

Mohamad berkata walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada jawatankuasa MN untuk menentukan penyertaan Bersatu ke dalam gabungan itu namun ia perlu dirujuk terlebih dahulu ke Majlis Tertinggi parti.

Katanya, UMNO perlu mendapat mandat daripada Majlis Tertinggi yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti dan mewakili akar umbi.

“Tidak ada bezanya ketika kami memutuskan untuk membentuk MN dengan PAS. Keputusan akhir dibuat oleh Majlis Tertinggi,” katanya.

UMNO dan Pas bergabung di bawah MN sejak September tahun lalu.

 

7 Komen

  1. Betul lah tu sepatutnya bukan Bersatu masul MN tetapi Bersatu perlu diletakan sama dengan Gabungan Parti Sarawak.

  2. kan aku dah cakap lama dulu… si Zahid Hamidi nie bukan leader tapi dia nie follower je… Tok Mat Hassan is a real leader… nanti masa pemilihan presiden UMNO kita tukar Zahid Hamidi pada Tok Mat Hassan…

  3. muhyidin dah putus akal dah. bawa lari mandat rakyat masuk rumah pencuri. orang yang menolong harapkan bahagian. bila barang dah letak muhyidin boleh pergi lah. inilah akibat bertindak tanpa petunjuk kerana ikut nafsu. jangan tergoda sangat dengan melayu islam tanpa dap tu. itu bukan petunjuk yang benar. itu petunjuk tamak bisikan syetan.

  4. hahahaha..sebenaq nya UMNO nih tak mahu share kek dengan bersatu dan nak bolot semua.. sebab tuh mereka rasa bimbang..

  5. Buang yang keruh ambil yang jernih. Cuba Tanya akar umbi PAS terasa lagi Tak apa yang penghinaan di beri kepada mereka dulu. Husnuzun.

Comments are closed.