Marcelo Rebelo de Sousa (kiri) berada hampir dengan dua wanita yang dibawa arus ombak kuat ketika berkayak di pantai Algarve. foto Agensi

LISBON – Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa menyelamatkan dua wanita yang terumbang-ambing selepas kayak mereka terbalik diĀ  pantai Algarve.

Rebelo de Sousa , 71, yang melihat keadaan itu bertindak berenang ke arah mereka.

Beliau memberitahu wartawan kedua-dua bergelut dengan arus ombak yang membawa ke teluk.

Rebelo de Sousa kini sedang bercuti di Algarve untuk mempromosikan pelancongan di sana.

Portugal yang bergantung kepada industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik koronavirus.

Rakaman video menunjukkan Rebelo de Sousa berenang ke laut untuk membantu mereka ketika seorang lelaki lain sudah berada di sana, cuba membalikkan semula kayak.

Sementara seorang lagi lelaki yang menaiki jet ski juga menghampiri wanita-wanita berkenaan untuk menawarkan pertolongan.

Lelaki yang menaiki jet ski itu kemudian berjaya menarik kayak kembali ke pantai.

“Kerana arus yang sangat besar, mereka diseret ombak. Mereka berpusing-pusing. Mereka tertelan banyak air bahkan tidak dapat membalikkan semula kayak, juga tidak memanjat ke atasnya atau berenang, begitulah keadaan mereka,” kata Rebelo de Sousa kepada media tempatan.

Presiden memberi amaran supaya mereka berhati-hati pada masa depan. – MalaysiaGazette