Suspek yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan seorang bekas Menteri kerajaan terdahulu direman lima hari berikutan kes rasuah di Mahkamah Majistret Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 15 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri  Kabinet akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung kes rasuah hampir RM3 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan.

Mengikut senarai kes mahkamah, kes Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi pada  9 pagi.

Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman Mohd Saifullah  bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur 29 tahun itu direman selama lima harı mulai 15 Ogos sehingga esok.

Difahamkan dia akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan menerima rasuah pada tahun lepas di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA