Perdana Menteri berkata, Sukuk Prihatin berjumlah RM500 juta adalah bukti kesungguhan kerajaan melaksanakan langkah-langkah tegas menangani impak pandemik Covid-19.

Menurutnya, sehingga kini kerajaan sudah menyalurkan sebanyak RM295 bilion melalui PRIHATIN dan PENJANA.

Beliau berkata, inisiatif Sukuk Prihatin ini membuka peluang langganan kepada orang awam dan korporat, yang kemudiannya akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Covid-19.