Salim Ayyash

LEIDSCHENDAM (Belanda) – Tribunal antarabangsa yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seorang ahli Hezbollah melakukan konspirasi untuk membunuh bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafik al-Hariri pada tahun 2005.

Hariri adalah jutawan Islam Sunni yang mempunyai hubungan baik dengan negara barat dan sekutu Teluk Arab, merupakan individu yang membangunkan semula Beirut selepas perang sivil pada tahun 1975-1990.

Sebelum ini terdapat dakwaan Hariri sebagai ancaman kepada pengaruh Iran dan Syria di Lubnan.

Bagaimanapun, tribunal itu mendapati tiada bukti tentang pembabitan langsung kepimpinan Hezbollah yang disokong oleh Iran atau Kerajaan Syria, kata para hakim tetapi pembunuhan itu secara jelas bermotifkan politik dengan tindakan pengganas.

Semasa membacakan keputusan yang mengambil masa beberapa jam, para hakum mendapati defendan utama, Salim Jamil Ayyash bersalah dalam semua pertuduhan dan pendakwa raya telah membuktikan dia ada kaitan dengan Hezbollah.

“Ayyash memainkan peranan utama dalam serangan itu dan menyumbang secara langsung,” kata Hakim David Ra yang membacakan keputusan sebanyak 2,600 muka surat.

Tambahnya, Ayyash berhasrat untuk membunuh Hariri dan mempunyai pengetahuan tentang akibat daripada misi pembunuhan itu termasuk akibat daripada penggunaan bahan letupan yang digunakan.

Namun, hakim-hakim berkenaan tiada bukti kukuh untuk membabitkan tiga lagi lelaki yang didakwa bersubahat dalam serangan bom yang berlaku pada 14 Februari 2005.

Saad, yang merupakan anak lelaki Hariri mahu Hezbollah bertanggungjawab.

“Hezbollah adalah pihak yang sepatutnya dipersalahkan. I ulang. Kami tidak akan berhenti sehingga hukuman dilaksanakan,” ujarnya.

Hezbollah telah menafikan pembabitkannya dalam pembunuhan Hariri. Pemimpinnya Sayyed Hassan Nasrallah berkata, beliau tidak mengambil kisah dengan perbicaraan tersebut.

Pembunuhan Hariri telah mengakibatkan Lubnan terjerumus dalam krisis paling buruk sejak perang berikutan konfrontasi antara pesaing politik.

Keempat-empat defenden tidak hadir semasa perbicaraan.

Ayyash didapati bersalah dalam serangan pengganas dan pembunuhan Hariri dan 21 mangsa yang lain.

Hukuman ke atasnya akan ditentu dalam pendengaran selepas ini tetapi dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. – MalaysiaGazette