Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Program Ceramah Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 di Bilik Gerakan Makkal Sakti, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 20 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pengundi berketurunan India yang akan membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim agar tidak tertipu lagi buat kali kedua.

Jelas beliau, kaum itu patut menggunakan peluang kedua mengundi ini untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Jelas Penasihat Barisan Nasional (BN) itu, undi perlu diberikan kepada BN yang terbukti menjaga kebajikan kaum India sebelum Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambilalih selama 22 bulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa hadir pada Program Ceramah Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 di Bilik Gerakan Makkal Sakti, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 20 OGOS 2020.

“Orang India telah kena tipu dan jangan kena tipu dua kali lagi. Kalau kena tipu dua kali juga, kena pergi jumpa doktor.

“BN tidak pernah tipu kaum India. Mereka yang tipu parti Atok (Mahathir) dan PH. Sekali lagi hendak letak calon Bebas sebab parti beliau belum daftar lagi.

“Nama parti kononnya Pejuang. Tidak boleh pakai nama Penjuang kerana bila dapat kuasa janji tidak perlu lagi.

“Manisfesto PRU bukan wajib bagi PH dan mereka hanya jual janji sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana di perkarangan Bilik Gerakan Parti Makkal Sakti Malaysia di sini malam ini.

Turut hadir calon BN bagi PRK Slim, Mohd. Zaidi Aziz yang akan berdepan dua calon Bebas dari Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S Santharasekaran.

Mengulas lanjut, Najib turut menyeru pengundi memilih Mohd. Zaidi yang merupakan anak tempatan berbanding calon bebas dari Pejuang yang berasal dari Teluk Intan.

Beliau berkata, calon BN itu juga telah diasuh oleh penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib selain berpengalaman luas dalam pertubuhan bukan kerajaan.

“Calon Atok orang Teluk Intan dan tak dikenali, kalau orang Teluk Intan bertandinglah di sana. Apa tanding di sini.

“Kita mahu anak tempatan yang tahu isi hati masyarakat dan tidak pergi ke mana-mana lepas PRK, bukan calon bebas,” katanya.

Najib yang juga bekas Pengerusi BN dan Presiden UMNO turut memuji kesetiaan pemimpin Parti Makkal Sakti sebagai rakan sejati yang bersama BN ketika susah dan senang.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi mpada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang selepas mengadu kesukaran bernafas.

Mohd Khusairi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 pada 2004.

Pada PRU14, beliau mempertahankan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim, dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zaina. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. PH is a disaster for Malaysia. Hope they disappear into the sunset and never come back to power again. May God save Malaysia and its beautiful people from the evils of PH.

  2. Truly, Najib is a great leader. He likes to help the rakyat. BN lost the last election due to lies, conspiracy and character assassination by PH. PH is a disaster for Malaysia. No economic growth, but lots of racial tension in the country. Hope PH doesn’t come back to power again. May God save Malaysia and its beautiful people from the evils of PH.

  3. Atok parti nama pejuang..nak berjuang utk siapa?..utk atok?,anak2 atok?atau utk kroni2 atok?

Comments are closed.