SLIM RIVER – Tindakan parti pembangkang menggunakan isu kes mahkamah melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi kesan kepada pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin isu tersebut tidak akan menjejaskan sokong kepada BN melihat kepada sambutan masyarakat menerusi kempen dan program parti itu.

Sebaliknya, bekas Pengerusi BN itu berkata, sentimen perasaan simpati terus meningkat dalam kalangan masyarakat dan pengundi kepada pemimpin berkenaan terbabit termasuk dirinya.

“Itu memang dijangka. Mereka akan memainkan isu itu (keputusan mahkamah yang dikenakan terhadap beliau) tapi dalam kalangan pengundi mereka tak ambil kira soal itu.

“Saya tak fikir apa yang berlaku pada diri saya itu mempengaruhi keputusan PRK Slim, sebaliknya simpati rakyat bertambah,” katanya yang bekas Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Media PRK N.58 Slim di sini hari ini.

Sementara itu, Najib berkata, BN boleh mendapat peningkatan majoriti undi pada PRK Slim seperti PRK sebelum ini bermula di PRK Parlimen Cameron Highlands.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, kerjasama jitu Muafakat Nasional dengan sokongan rakan-rakan BN seperti Parti Makkal Sakti Malaysia akan memberikan hasil positif untuk memberi kemenangan kepada calon BN.

“Alhamdulillah, sambutan pengundi terhadap calon BN amat memberangsangkan. Di mana majlis yang diadakan secara besar-besaran atau rumah ke rumah, reaksi diberikan baik.

“Apa yang diharapkan, Insya-Allah mereka sokong calon kita. Kita akan teruskan usaha kempen,” katanya. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Truly, Najib is a great leader. He likes to help the rakyat. BN lost the last election due to lies, conspiracy and character assassination by PH. PH is a disaster for Malaysia. No economic growth, but lots of racial tension in the country. Hope PH doesn’t come back to power again. May God save Malaysia and its beautiful people from the evils of PH.

  2. Yes he and his friends are magicians and a comedians too by playing tricks on their banks accounts and pretending to know nothings when millions are transferred to their accounts. It is best to let Tok Mat and cleaner leaders leading the fight

Comments are closed.