Ashraf Mustaqim Badrul Munir

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengecam tindakan Pemuda DAP (Dapsy) Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa buah papan tanda jalan di sekitar bandar raya Kuching.

Ketua Penerangannya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menyifatkan tindakan itu sebagai suatu perbuatan vandalisme dan melanggar bidang kuasa pihak berkuasa tempatan khususnya Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Beliau berkata, tindakan DAP Sarawak itui sebagai perbuatan yang tidak peka terhadap Rukun Negara dan tidak memaknai semangat kebangsaan apatah serta hidup masyarakat majmuk.

“DAP jelas tidak sensitif dalam hal-hal sebegini. Perbuatan mereka jelas melanggar susila apabila melangkaui pihak berkuasa tempatan sebegitu mambakul-sampahkan peranan perlembagaan dan undang-undang.

“Melalui Perlembagaan Persekutuan, jelas dalam artikel atau Perkara 152 telah memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

“Malah, melalui Akta 32, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pada artikel 2 secara jelas menyatakan “Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, sekiranya alasan atas tujuan pelancongan, mungkin perlu setiap papan tanda jalan adalah dalam skala yang besar bagi mempamerkan kira-kira 6000 bahasa yang terdapat dalam dunia.

“Apakah pelancong yang datang ke Kuching seluruhnya memerlukan kaligrafi Cina untuk mengetahui jalan dengan membaca papan tanda? soalnya.

Justeru beliau berkata, tidak seharusnya perkara sebegitu timbul kerana semangat kebangsaan seharusnya mekar terpahat dengan ketaatan kepada undang-undang dan perlembagaan untuk mendaulahkan Rukun Negara.

Katanya lagi, sebagai anak merdeka, semua pihak perlu teguh bersatu dan memaknai ‘kebangsaan’ dan ‘kekitaan’ atas tanda syukur dan kasih kerana bakti pusaka bertuah ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Parti dari semenanjung datang ke Sarawk buat huru hara perkauman agama di borneo..sdhlah menipu sejarah kononya ‘Malaysia’ merdeka 31 ogos 1957, ..

Comments are closed.