KUALA LUMPUR -Seluruh rakyat Malaysia dialu-alukan untuk terlibat dalam pembangunan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 ini dengan menyertai sesi maklum balas di negeri dan daerah masing-masing.

Mereka diminta  mengemukakan pandangan dan cadangan melalui soalan atas talian di laman web Sesi Maklum Balas Rakyat yang telah dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan Negara bersama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penyertaan boleh dibuat menerusi berikut:
• Laman web Sesi Maklum Balas Rakyat : https://www.research.net/r/mklmblsonline
• Laman web Kementerian : www.perpaduan.gov.my
• Laman media sosial Kementerian: Instagram @perpaduannegara, Facebook PerpaduanNegara dan Twitter @PerpaduanNegara.

Pandangan dan cadangan juga boleh dihantar melalui emel kepada [email protected]

Menurutnya, semakan jadual pelaksanaan Sesi Maklum Balas Rakyat juga boleh di dapati di laman www.perpaduan.gov.my;

Pelancaran Sesi Maklum Balas Rakyat telah diadakan secara serentak pada hari ini 22 Ogos 2020 di dua buah negeri iaitu di Melaka dan Perak dan akan diikuti oleh negeri-negeri lain yang telah ditetapkan.

Menurutnya, sesi maklum balas rakyat yang bertemakan ‘Berfikir Perpaduan Bersama Rakyat’ ini berlangsung dari bulan Ogos hingga September 2020 di seluruh negara hingga ke peringkat daerah.

Kementerian itu berkata, sesi maklum balas rakyat ini menyasarkan penglibatan 10,000 rakyat di seluruh negara bagi memastikan pandangan seluruh rakyat dan pemegang taruh berkaitan termasuk Ahli Rukun Tetangga, pemimpin tempatan di peringkat daerah dan negeri, pihak kementerian dan agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, serta pihak berkepentingan lain diambil kira dalam penggubalan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 ini yang akan menyokong pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara mulai tahun 2021. – MalaysiaGazette