TERKINI : Presiden Khianat! BERSATU Melaka Isytihar Keluar Parti

MELAKA – Hampir 2,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pelbagai peringkat jawatan di sini mengistiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Mereka merupakan ahli dari enam bahagian di negeri ini iaitu Tangga Batu, Bukit Katil, Jasin, Masjid Tanah, Alor Gajah dan Kota Melaka.

Ketua Cawangan Bersatu Rim, Imanuddin Abd Aziz berkata, keputusan itu dibuat ekoran Presiden parti yang diserta mereka telah mengkhianati mandat rakyat apabila telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Pakatan Harapa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.