Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. foto MOHD ADZLAN, 01 JULY 2020.

KUALA LUMPUR – Pemilihan jawatan-jawatan bagi Majlis Pimpinan Tertinggi Penggal 2019-2022 Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) menyaksikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee diangkat menjadi Naib Presiden parti berkenaan.

Dua lagi yang terpilih untuk jawatan itu adalah Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti itu Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sebanyak dua bahagian gagal bersidang semalam secara serentak dengan 177 yang lain kerana ketiadaan korum.

Beliau turut memaklumkan seramai 23,438 perwakilan telah membuang undi semasa persidangan tahunan bahagian-bahagian yang julung kalinya diadakan serentak semalam.

Jawatan Pengerusi Tetap pula dimenangi Datuk Mohd Suhaimi Abdullah manakala timbalannya Datuk Hashim Suboh.

Selain itu turut diumumkan 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu iaitu;

Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz

Abdul Hakim Gulam Hassan

Datuk Zainul Fadzi Paharudin

Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid

Datuk Razali Idris

Datuk Eddin Syazlee Shith

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Wan Saiful Wan Jan

Azlinda Abdul Latif

Mohd Taufik Yaacob

Mohd Rafiq Mohd Abdullah

Datuk Seri Lakim Ukin

Datuk Suhaili Abdul Rahman

Datuk Dr Sahruddin Jamal

Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi

Mohd Zulkefli Zakaria

Mohd Yazid Mohd Yunus

Datuk Shabudin Yahaya

Datuk Rosol Wahid

Shamsilah Siru

Untuk rekod, sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan Presiden Bersatu.

Turut menang tanpa bertanding Timbalan Presiden adalah Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang juga menjadi calon tunggal jawatan tersebut. -MalaysiaGazette