ANWAR Pula ‘Naik Angin’ Dengan Shahidan di Parlimen | EDISI MG 8mlm – 24 Ogos 2020

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik angin apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memintanya memohon maaf kerana pembangkang menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.

Beliau yang sedang membahaskan (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) 2020 dengan nada marah menyifatkan Datuk Seri Shahidan bukan sahaja terlepas malah tidak menumpukan sepenuhnya perbahasan beliau apabila mencelah dengan soalan yang ‘lari’ dari maksud asal, iaitu kenapa pembangkang menolak RUU Perbekalan 2020.