Kabinet dapur moden dan ringkas menjadi idaman golongan wanita.

KUALA LUMPUR – Memiliki ruang dapur yang tampak elegan, eksklusif, teratur dan mengikut cita rasa sendiri antara impian setiap wanita.

Ini kerana dapur antara ruang istimewa buat wanita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai suri rumah yang menyajikan hidangan kegemaran keluarga.

Malah ada juga menjadikan rutin memasak sebagai kaedah melepaskan tekanan di tempat kerja dan memberi kebebasan kepada golongan itu untuk menghasilkan inovasi menu.

Menyedari keperluan itu, Syarikat kontraktor perumahan, Al Ansar IBS PLT  yakin jualan kabinet dapurnya mampu mencecah RM1 juta pada tahun depan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, pada tahun ini, yang menggunakan  kaedah Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS) itu meletakkan sasaran jualan RM200,000 kerana perkhidmatan itu baru sahja diperkenalkan.

Jelas beliau, jualan kabinet dapur itu  turut dibuka kepada rumah-rumah lain yang bukan dibina oleh syarikat itu atau pelanggan yang mahu menukar kabinet lama kepada yang baharu.

“Kabinet dapur kini menjadi ruang penting terutama kepada golongan isteri yang banyak menghabiskan masa berjam-jam di situ.

“Namun kekangan bajet menjadi masalah utama dan Al Ansar kini menawarkan harga mampu milik kabinet dapur kepada orang ramai,” katanya selepas di majlis penyerahan kunci rumah IBS miliknya kepada pelanggan baru-baru ini.

Al Ansar akan berpindah ke lokasi baharu iaitu di Kenwingston Business Centre Cyberjaya pada bulan depan.

Mengulas lanjut, Muhammad Khanafi berkata Al Ansar telah melancarkan pakej bina banglo dengan kabinet dapur yang dikenali sebagai Kabinet Dapur Al Ansar.

Menurut beliau, pakej itu diperkenalkan atas permintaan kebanyakan pelanggan yang mahukan banglo yang telah siap  dilengkapi kabinet dapur.

“Sebelum ini Al Ansar menyerahkan kunci banglo dilengkapi lampu, kipas, table top dan televisyen. Bagi kelengkapan lain, biasanya pihak tuan rumah mencari kontraktor yang yang berbeza. Kali ini kami masukkan sekali di dalam pakej  untuk kemudahan mereka.

“Perkhidmatan ini akan dimulakan selepas 31 Ogos apabila kempen Promosi Merdeka yang diadakan sejak bulan Jun lepas tamat pada hujung bulan ini. Kabinet dapur yang ditawarkan  sepanjang 10 kaki termasuk set dapur (hood & hop), sinki dua lengkuk, rak pinggan, single tap sinki dan ensel soft close ,” ujarnya.

Muhammad Khanafi berkata, pakej itu bermula dengan harga serendah RM5,300 termasuk menyediakan bayaran ansuran kepada pelanggan yang berdepan kekangan bajet.

Jelas beliau, terdapat jenis kayu melamin, aluminium dan tingkap kaca aluminium dengan kemasan tingkap kaca dengan tempat pemegang dengan harga mencecah RM8,100.

“Harga yang ditawarkan kami memang lebih rendah daripada pasaran kerana kami berhubung secara terus dengan pengilang,” ujarnya. – MalaysiaGazette