Ketua Polis Daerah Muallim , Supt. Sulizmie Affendy Sulaiman bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2020

SLIM RIVER – Polis menerima sebanyak tiga laporan polis berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim setakat ini.

“Kes pertama di siasat di bawah Seksyen 27 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat kepada harta benda dan baki dua lagi laporan polis telah dijalankan siasatan awal dan polis telah merujuk kepada tiga agensi berkaitan iaitu SPR, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan susulan,” kata Ketua Polis Daerah Muallim, Supritendan Sulizmie Affendy Sulaiman.

Pada masa sama dalam sidang medianya hari ini, beliau berkata, sehingga semalam, sebanyak 101 permohonan permit ceramah dikeluarkan membabitkan 72 daripada parti Barisan Nasional dan 29 daripada calon bebas

Terdahulu pihaknya menjangka pengundi awal akan keluar 100 peratus mengundi menunaikan tanggungjawab mereka esok.

Ini kerana sasaran itu berikutan kebanyakan mereka sedang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim.

Jelas Sulizmie Affendy, daripada 267 pengundi awal, seramai 32 orang telah bertukar daripada IPD itu.

“Pegawai bertanggugjawab yang dilantik oleh SPR (Suruhanjaya Pilian Raya) telah membuat pengesahan selepas berhubung dengan pengundi tersebut untuk hadir esok,” katanya pada sidang media di IPD Muallim hari ini.

Ketua Polis Daerah Muallim , Supt. Sulizmie Affendy Sulaiman bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2020

Sulizmie turut memberitahu, daripada 267 jumlah pengundi awal pihaknya telah meluluskan 10 pegawai dan anggota melaksanakan undi pos. – MalaysiaGazette

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan kerja-kerja persiapan terakhir sempena hari pengundian awal pada esok hari sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2020