SAH!!! Tan Sri Harussani Masuk ‘Hospital’ Akibat Strok | EDISI MG 2 ptg – 24 Ogos 2020

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Ipoh semalam selepas mengalami strok.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin yang mengesahkan perkara itu berkata, Tan Sri Harussani dikejarkan ke hospital selepas solat Subuh.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diberikan Jabatan Mufti Perak setakat ini, Tan Sri Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi di hospital berkenaan. Mohd Akmal berkata lagi bahawa Mufti Perak tersebut memerlukan rehat buat masa ini.