Ahmad Jazlan Yaakub berbincang dengan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Loy Hui Chien di pejabatnya pada hari ini.

KUALA LUMPUR – Singapura merupakan negara pengimport ketiga terbesar produk minyak sawit daripada Malaysia dengan peningkatan sebanyak 5.8% daripada 650,411 tan kepada 688,457 tan di rantau ASEAN pada tahun 2019.

Peningkatan perdagangan di antara kedua-dua negara ini adalah hasil daripada hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sangat positif eksport sawit Malaysia ke Singapura akan terus meningkat terutamanya selepas pintu ekonomi kembali aktif seperti sebelum dunia dilanda pandemik Covid-19.

”Tiga eksport utama produk sawit Malaysia ke Singapura adalah minyak sawit sebanyak 361,898 tan, olekimia 150,625 tan, produk sawit siap 136,488 tan dan bakinya lain-lain produk sawit,” katanya selepas menerima kunjungan hormat TimbalanPesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Loy Hui Chien di pejabatnya pada ini.

Ahmad Jazlan berkata, bagi tempoh Januari sehingga Jun 2020, nilai eksport turut meningkat kepada 357,542 tan berbanding 327,942 tan pada 2019 dengan peningkatan sebanyak 9 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu yang bernilai 1.18 biilion. – MalaysiaGazette