CAPE TOWN – Afrika diisytiharkan bebas daripada polio liar oleh badan bebas, Suruhanjaya Persijilan Serantau Afrika.

Polio biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur lima tahun, kadang-kadang membawa kepada kelumpuhan yang tidak dapat dipulihkan.

Kematian juga boleh berlaku ketika otot pernafasan terjejas.

Sejak 25 tahun lalu ribuan kanak-kanak di Afrika lumpuh akibat virus itu.

Penyakit ini kini hanya ditemui di Afghanistan dan Pakistan.

Setakat ini tidak ada penawar tetapi vaksin polio melindungi anak-anak seumur hidup.

Nigeria adalah negara Afrika terakhir yang diisytiharkan bebas dari polio liar, setelah menyumbang lebih separuh daripada semua kes global kurang dari satu dekad yang lalu.

Polio adalah virus yang merebak daripada manusia, biasanya melalui air yang tercemar dan boleh menyebabkan kelumpuhan apabila virus menyerang sistem saraf.

Dua daripada tiga jenis virus polio liar telah dibasmi di seluruh dunia.

Lebih daripada 95% penduduk Afrika kini telah mendapat imunisasi – salah satu syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Persijilan Serantau Afrika sebelum mengisytiharkan benua itu bebas dari polio liar. – MalaysiaGazette