Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

NIBONG TEBAL – Kes penemuan mayat seorang lelaki dengan tangan dan kaki terikat di dalam tangki najis di belakang sebuah rumah teres di Taman Seri Bistari di sini, semalam, kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, klasifikasi semula itu dibuat berdasarkan hasil bedah siasat serta perkembangan siasatan.

Jelas beliau, pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki berkenaan pada 7 September lalu dan mayatnya ditemukan di sebuah rumah dua hari kemudian.

“Identiti mangsa juga telah disahkan dan kes telah diklasifikasikan semula daripada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini

Tambah beliau, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Kita juga sedang mengesan dan menahan mana-mana suspek yang terlibat.

“Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan serta tidak menjejaskan siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden C. Jegathiswaran di talian 04-585 8222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Mayat lelaki ditemui dalam tangki septik, tangan dan kaki diikat

Lima suspek direman kes culik lelaki sebelum ditemui mati dalam tangki najis

Malaysia Gazette terdahulu melaporkan polis menahan 10 suspek terdiri daripada warga Myanmar dan tempatan bagi membantu siasatan kes penculikan serta pembunuhan mangsa.

Mereka yang berusia antara 23 hingga 35 tahun itu ditahan sekitar negeri ini dan Negeri Sembilan dalam beberapa serbuan berasingan bermula semalam hingga pagi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here