Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes positif pandemik itu kini mencecah sebanyak 9,291 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, lima daripada kes tersebut merupakan jangkitan daripada penularan dalam negara manakala satu kes lagi jangkitan import.

Katanya, tiga kes daripada jangkitan dalam negara itu dikesan menerusi Kluster Tawar manakala satu di Hospital Sultanah Bahiyah dan satu kes saringan bergejala dari hospital berkenaan.

“Sehingga kini, terdapat sembilan kes positif Covid-19 yang
sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana enam kes
memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 188 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan wabak berkenaan dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di negara ini kekal sebanyak 125 kes atau 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast