JAKARTA – Kerajaan Indonesia merancang untuk mereformasi struktur regulatori kewangan dalam usaha memasukkan peranan tambahan bank Pusat bagi menguruskan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan.

Dalam satu temubual dengan CNBC, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartato berkata, pelan tersebut adalah meletakkan pemantauan makro dan mikro sistem kewangan di bawah satu perintah.

Ini bagi merapatkan jurang di antara pihak berkuasa bank pusat yang mengeluarkan peraturan-peraturan makro untuk industri perbankan dengan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (OJK).

OJK ketika ini adalah regulator mikro yang bertanggung jawab memantau dan menjaga industri kewangan secara menyeluruh.

Tambah Hartato, Bank Indonesia (BI) akan diberi tugas untuk mengekalkan kualiti pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan di samping menjalankan mandat asal dalam menguruskan nilai rupiah melalui inflasi dan pengurusan tukaran asing.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast