Ben Chilwell.

LONDON – Bek kiri England, Ben Chilwell sah menjadi pemain ketiga ditandatangani Chelsea musim panas ini apabila meninggalkan Leicester pada harga sekitar 50 juta pound (RM275.5 juta).

Chilwell tiba di Stamford Bridge untuk kontrak lima tahun selepas The Blues berjaya mendapatkan Hakim Ziyech dan Timo Werner dari Ajax dan RB Leipzig sebelum ini.

“Saya gembira dapat menyertai Chelsea dan saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada skuad muda dan dinamik yang dibimbing oleh Frank Lampard dalam usaha memburu kejayaan musim depan,” kata pemain 23 tahun itu.

Pemain akademi Leicester itu mengumpul 11 kap untuk England dan berkasi buat pertama kali untuk The Foxes pada Oktober 2015.

Chelsea menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat dan merebut tempat ke Liga Juara-Juara dari Leicester pada hari terakhir saingan Julai lalu. – MalaysiaGazette