Dr Muhamad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Akmal Saleh mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berhubung isu penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS).

“KPM beritahu dah bincang dengan MITI.

“MITI maklum tidak tahu tentang isu ini.

“Jadi siapa yang menipu?” katanya dalam hantaran di media sosial.

Semalam, dalam kenyataan, KPM berkata, ia bersetuju pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera tidak lagi
ditetapkan sebagai syarat bagi institusi pendidikan swasta (IPS) syarikat sendirian berhad digugurkan.

Jelasnya, keputusan itu susulan sesi perbincangan antara KPM dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

“Penyelarasan ini dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara,” tambah KPM.

Bagaimanapun kenyataan tersebut dinafikan oleh MITI hari ini.

Jelas MITI, kementerian itu tidak mempunyai makluman mengenai perkara tersebut.

Untuk penjelasan, katanya, perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi.

“MITI berharap penjelasan ini dapat membantu memperbetul peranan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelas,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here