KUALA LUMPUR – Aspek keselamatan, kawalan, displin dan kebajikan prospek sentiasa menjadi keutamaan dalam pengurusan institusi penjara di seluruh negara.
Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum laporan media serta kenyataan yang menyetuh mengenai keadaan dan operasi di institusi penjara.
Menurutnya, jabatan itu sentiasa melaksanakan operasi berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan ditetapkan, termasuk aspek kawalan keselamatan, pemeriksaan, pemantauan serta tindakan terhadap sebarang pelanggaran peraturan.
Selain itu, jelasnya, jabatan itu turut melaksanakan aktiviti perisikan, pemantauan dan semakan secara berterusan berkaitan aspek keselamatan dan pematuhan peraturan di insitusi penjara.
Tambahnya, ia bagi mengenal pasti sebarang risiko, ancaman atau pelanggaran peraturan serta membolehkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan diambil sewajarnya
“Tidak dinafikan bahawa salah laku atau kejadian terpencil boleh berlaku dalam mana-mana institusi, namun setiap kejadian yang dikenal pasti akan ditangani mengikut peraturan dan SOP berkuat kuasa serta berada di bawah kawalan pihak berkuasa penjara,” katanya hari ini.
Tegasnya, sebarang maklumat, aduan atau dakwaan berkait salah laku, pelanggaran undang-undang atau kemasukan artikal larangan ke institusi penjara perlu dilaporkan kepada pihak polis atau saluran rasmi bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya dilaksanakan.
Terdahulu media melaporkan, Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan selebriti Yasin Sulaiman bahawa kehidupan dalam penjara bergantung kepada wang dan pengaruh.
Yasin menerusi podcastAididitMyWay mendakwa wujud hierarki dalam kalangan banduan berdasarkan faktor kewangan dan pengaruh. – MalaysiaGazette
















