PRK SLIM : Memang Benar “Anak dan Menantu Saya” Kena Tahan Dengan Polis – Mukhriz

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan anak dan menantu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah kelab malam dan dibawa ke balai polis baru-baru ini.

Bekas Menteri Kedah itu berkata, insiden itu amat mengecewakannya kerana beliau sudah berpesan kepada ahli keluarga untuk menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.