Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin menyifatkan tindakan MIC tidak menyertai pendaftaran Perikatan Nasional suatu keputusan yang tepat.

Tegasnya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhasrat untuk membuka keahlian kepada semua kaum, Perikatan Nasional sebenarnya tidak memerlukan MIC atau MCA.

“Tahniah MIC kerana membuat keputusan tepat tidak menyertai dalam pendaftaran PN.

“PN yang parti terasnya adalah Bersatu, apabila memutuskan untuk membuka keahlian pada semua kaum sebenarnya tidak memerlukan MIC mahupun MCA.

“Lagipun sebagai parti antara yang terawal dalam komponen Barisan Nasional (BN), wajar MIC bersama UMNO dan MCA terus memperkasakan BN seperti saranan Presiden UMNO.

“Ini kerana BN jenama yang telah teruji.

“Dulu curi Ahli Parlimen (MP), sekarang nak umpan parti gabungan BN pula,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, MIC yang sebelum ini berada dalam krisis berikutan pendaftaran mereka dengan Perikatan Nasional (PN) hari ini bertindak keluar dari pakatan itu dan menetapkan pendirian untuk kekal bersama Barisan Nasional (BN).

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan tindakan keluar PN itu selepas perbincangan bersama dengan jawatankuasa khas untuk krisis tersebut.

“Keputusan pada 11 Julai lepas oleh MIC mendaftar dengan PN kerana sangkaan BN juga akan menyertainya bersama-sama. Tetapi apabila pada 28 Julai kata tidak sertai, maknannya keputusan MIC daftar PN juga tidak boleh di guna pakai lagi.

“Jika keputusan menyatakan sebaliknya dan BN hanya menyokong PN dan bukan mendaftar kita juga begitu. Kami tetap sebagai komponen BN,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.