Shinzo Abe.

TOKYO- Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media pada Jumaat, disebabkan masalah kesihatan, lapor agensi berita Xinhua.

Abe berkata beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang menyebabkannya berundur buat seketika pada 2007.

Beliau berkata “Saya akan menjalani rawatan untuk tempoh yang panjang”.- BERNAMA