Mira Filzah.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Mira Filzah selamat melangsungkan majlis khatam al-Quran di kediamannya semalam sekali gus memberi bayangan akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman, 28, turut ditemani adiknya Aina Fadhilah dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat.

Pada April lalu, Mira menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma Harun mendedahkan sudah bertunang dengan seorang jejaka pilihan hatinya.

Ia secara tidak langsung mengesahkan spekulasi percintaannya bersama seorang jejaka dikenali sebagai Wan Emir iaitu anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Pada 16 Julai lalu ketika ditemui media, Mira mengakui kini tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Pengacara Nona itu juga sudah menghantar jemputan perkahwinan kepada rakan-rakan terdekatnya.

Difahamkan, majlis perkahwinan Mira dan Wan Emir berlangsung pada bulan depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast