Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh (tengah) ketika membuat lawatan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 29 OGOS 2020

SLIM RIVER – Seramai 47 peratus pengundi keluar bagi menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim setakat pukul 1 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan 85 peratus pemilih akan keluar mengundi pada PRK kali ini.

Pada proses undi awal pada Selasa lalu, jumlah yang keluar mengundi awal adalah sebanyak 96.25 peratus.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Yaakob berharap pengundi akan terus keluar awal mengundi selepas makan tengahari.

Antara pegundi yang menunjukkan jari berdakwat kekal selepas selesai membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Trolak Pekan, Perak. foto MOHD ADZLAN, 29 OGOS 2020.

Jelas beliau, ia bagi mengelak masalah tidak dijangka iaitu faktor hujan pada sebelah petang.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, S Santharasekaran dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung. – MalaysiaGazette