Tan Sri Syed Hamid Albar. foto FAREEZ FADZIL, 26 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Di sebalik pelbagai maklum balas daripada kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tentang kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional (MN), seorang pemimpin parti itu tampil mempersoalkan tindakan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, parti itu tidak pasti sama ada komen-komen yang dikeluarkan beberapa pemimpin, khususnya UMNO, sesuai tatkala ia sedang dalam perancangan menyertai MN.

“Dalam suasana politik Malaysia sekarang ini, kolaborasi dan kerjasama antara Pas/UMNO berjalan dengan baik.

“Kami masih tidak pasti adakah ini sesuai dengan kerjasama PN/PBBM kerana kami mendengar banyak suara dari pemimpin UMNO.

“Ketidakpastian ini mesti diatasi sebelum PRU15,” katanya dalam akaun Twitter, hari ini.

Bekas menteri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang ‘berdagang’ bagi mendapatkan sokongan Ahli Parlimen sebelum pembentangan bajet pada Oktober ini.

Menurut Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, Muhyiddin bukan tidak ada pilihan yang lebih baik untuk menyelesaikan semua isu berkenaan tetapi sengaja mahu menempuh jalan berliku serta sukar.

Katanya, penyelesaian terbaik untuk semua kemelut politik hari ini adalah mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secepat mungkin dan selepas itu baru boleh menubuhkan kerajaan yang lebih kukuh.

“Muhyiddin patut membuka mindanya dan meneliti cadangan dari Presiden UMNO serta Pas yang meminta PRU-15 diadakan dalam masa terdekat,” kata Jazlan dalam satu kenyataan semalam.

Hari ini, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa membidas kenyataan Nur Jazlan.

Beliau berkata, Nur Jazlan tidak perlu dengan mudah membuat kenyataan seperti itu.

Annuar turut menggesa agar semua pemimpin UMNO tidak mudah mengeluarkan kenyataan mengenai kerjasama gabungan itu dalam PN. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Memang sikap pemimpin umno bila ada sedikit kekuatan dh mula tunjuk ego n angkoh..
    Sedarkahlah pemimpin umno kemengan beberapa prk baru2 ini atas kerjasama umat melayu pelbagai parti, jika ada parti melayu lain masuk bertanding belum tentu umno beroleh kemenangan.

  2. Awak penyokong DAP ke Amanah atau PH ???
    Kritik UMNO @ org melayu mcm atok sedara awak aja..si madey kutty tu.

  3. Asalkan bukan umno, kira ok. Ternyata pemimpin umno berjuang untuk buncitkan perut sendiri, bini dan anak2 sahaja. Pemuja rasuah. Pencuri wang dan kekayaan negara, dgn berselindung atas nama melayu dsn islam.

  4. Tengok jelah sape yg melalak tu kan.. Rasa2lah klau dia takde pun ada menjejaskan lah kot..

  5. Komen aku 2 jer…satu Syed Hamid ni pun naik atas jasa UMNO..so jgn banyak mulut..ke dia..Nur Jazlan tu tak payah banyak songel..kalau ko bkn anak Dato’ Mohamad Rahmat, you are nobody! Ko sendiri pun kalah di parlimen & ditolak rakyat, lg mau banyak cakap…ko ni liabiliti…perasan bagus! Apa pun asal bukan peliwat negara, bapak kroni Atok Medey & perompak perasuah Guan Eng..ok jer..letak kayu lwn DAP rasuah dlm PRU aku pangkah kayu tu..hass

  6. ala hamid albar nie org madey… esok bila parti pejuWang dah daftar dia pun jadi katak puru la tu… 🙂

Comments are closed.