Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad. foto FAREEZ FADZIL, 03 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Pengarah Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengakui kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam menunjukkan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO berpotensi menguasai politik negara.

“Keputusan Slim menunjukkan kerjasama ‘BERSATU-UMNO-PAS’ amat berpotensi menguasai politik negara.

“Kesatuan atas dasar ‘khianat, rompak dan jual agama’ kali pertama dihadapi dan untuk menghadapinya kita juga perlu bersatu,” katanya di Twitter, hari ini.

Justeru itu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan daripada Pakatan Harapan (PH) itu berkata, gabungan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga harus bersatu sesama sendiri.

“Ada yang kata keputusan Slim bukti Pejuang ditolak rakyat dan Tun hilang ‘daya tarik’.

“Sebenarnya ia membuktikan pembangkang perlu bersatu dan usaha menunjukkan kelemahan sesama sendiri hanya menguntungkan PN. Tiada yang boleh bersendirian.

“Rapatkan saf seperti semasa PRU 14,” katanya lagi.

BN dengan sokongan parti Bersatu semalam menang besar di PRK Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz meraih 13,060 undi menewaskan dua calon bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan S Santharasekaran, yang memperoleh 276 undi.

Mohd Zaidi yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu memperoleh majoriti 10,945 undi berikutan 68.4 peratus keluar mengundi daripada 23,094 pengundi keseluruhan, dengan 327 kertas undi pula ditolak.

Perikatan Nasional (PN) yang menerajui Putrajaya disokong pelbagai parti selain Bersatu, Pas dan Barisan Nasional. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Hakikat nya ph ni bodoh sombong. Tdak menunaikan janji menifesto pru14. Sudah di beri mandat(walaupon dengan menipu rakyat) tidak di gunakan dengan sebaik2 nya. 22 bulan rakyat jadi keliru, kecewa, hampa, gundah gulana. Susah hati, sakit hati. . Bila sudah jatuh, meroyan sana sini.

  2. Kemenangn parti2 konservatif melayu ‘penungang agama dan pelampau kaum’ spt Muafickat Nasionalisme ‘melayu/UMNOPASS di Slim yg begitu besar adalh petanda ‘bermulanya era kebangkitan regim pentaksub kaum dan islamist yg semakin extreme’ dgn sikap intoleransi terhadap agama minoriti spt apa yg berlaku di Indonesia dimana suara2 islamist garis keras mendapt tempat dlm pemerintahan bakal menghancurkn indentiti negara ini yg dikenal sbg negara moderat,.ini tdk menghairnkn, fenomena kebangkitan pelampau islam di asia tenggara spt di selatn filipina, di indonesia, malysia, selatn thailnd, yg menjadi target ‘penubuhan Khilafah islam’ oleh ISIS semakin sukar dibendung dgn bangkitnya ‘kumpuln2 islamist dlm sesebuah kerajasn.

Comments are closed.