Nor Hizwan Ahmad

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran membuat laporan polis mengenai rundingan terus Projek Sisa Pepejal Taman Beringin serta beberapa perkara yang dipersoalkannya itu disifatkan sebagai tidak matang.

Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad menyifatkan kenyataan Prabakaran pada hantaran Facebooknya disusuli beberapa soalan rendah nilainya.

“Beberapa perkara telah dilontarkan Prabakaran (projek rundingn terus) yang pada pandangan saya standard soalan-soalan itu sangat rendah nilainya.

“Sebenarnya tindakan dia sekadar untuk mencari publisiti murahan dan menunjukkan tahap pemikiran beliau sendiri,” kata Nor Hizwan dalam kenyataan media hari ini.

Ini kerana, ujar Hizwan, pejabat Menteri telahpun mengeluarkan kenyataan yang sangat jelas dan tuntas berkaitan projek sisa pepejal itu.

Menurutnya, penjelasan tentang persoalan perolehan tender secara rundingan terus dan kronologinya melibatkan urusan dan keputusan Kementerian Kewangan.

Malah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah dimaklumkan menegnai perkata itu, tambah beliau.

“Prabakaran, sila baca dan fahami kenyataan rasmi Pejabat Menteri KPKT dan jika masih belum faham, ulang bacalah berkali-kali!

“Saya percaya percubaan Ahli Parlimen Batu ini akhirnya akan menjadi seperti menjolok sarang tebuan.

“Ianya akan memakan diri sendiri dan Pakatan Harapan kerana sikap Prabakaran yang bertindak hanya bagi meraih populariti tanpa mengetahui fakta dan kebenaran,” katanya. – MalaysiaGazette