Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat negara ini menghayati dan mengamalkan Rukun Negara dalam setiap kehidupan seharian.

Baginda bertitah ketika menyampaikan titah diraja sempena Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara dan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Putrajaya, hari ini.