TERKINI : Projek Sejahtera 2020 Semai Semangat Patriotik Rakyat Malaysia – Tajuddin Rahman

Sempena tarikh 31 Ogos menandakan hari kemerdekaan yang ke-63 dan ulang tahun Rukun Negara, Prasarana Malaysia Berhad tampil melancarkan ‘Projek Sejahtera 2020’.

Inisiatif julung kali ini sebenarnya merupakan antara usaha syarikat pengangkutan itu dalam menyuburkan semangat patriotism serta cintakan negara dalam kalangan rakyat di negara ini.

Lebih menarik apabila pelancaran itu telah diadakan di stesen MRT Merdeka yang dindingnya memaparkan prinsip Rukun Negara selain bersebelahan dengan Stadium Merdeka dan Stadium Merdeka.