Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun mencadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan mengendalikan isu pusat hiburan malam secara fleksibel dan tidak memaksa semua premis untuk tutup kedai pada pukul 1 pagi.
Larangan beroperasi menyebabkan 70 peratus pusat hiburan bakal gulung tikar.

KUALA LUMPUR – Kesalahan melibatkan aktiviti pub dan kelab malam merupakan kategori paling tinggi direkodkan semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 778 individu yang ditahan dan dikenakan kompaun oleh polis semalam, 600 orang melakukan kesalahan berkenaan.

“Daripada 778 indvidu yang ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan PKPP, seramai 98 telah direman dan tujuh lagi dijamin. 673 individu pula dikenakan kompaun. Mungkin ramai yang rasa PKPP tidak perlu lagi dipatuhi.

“Kesalahan lain adalah aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (127), gagal merekodkan butiran pelanggan (14), gagal mematuhi arahan kuarantin (2), premis beroperasi lebih masa (12), premis beroperasi tanpa lesen (7) dan tidak memakai pelitup muka (16)” kata beliau pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri menegaskan bahawa kerajaan sehingga kini masih belum membenarkan aktiviti pub dan kelab malam.

Dalam masa sama beliau memberi amaran keras kepada pemilik premis berkenaan yang berisiko dibatalkan lesen oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya terus beroperasi dalam tempoh PKPP.

“Kita pun nampak yang aktiviti kelab malam berterusan meningkat daripada PKPP lagi walaupun kita tidak membenarkan mereka buka tapi banyak yang melanggar undang-undang dan paling tinggi semalam mungkin nak sambut Hari Merdeka agaknya sebab itu tiba-tiba berlaku peningkatan mendadak,”tambah beliau.

Selain dibatalkan lesen, pemilik kelab malam berisiko dihadapkan ke mahkamah, ujaaar beliau.

“Kita memandang serius, walaubagaimanapun PDRM boleh mengeluarkan saman dan kompaun dan membuat tangkapan menghadapkan mereka ke mahkamah kerana bukan sahaja melanggar SOP tetapi melanggar sekatan yang dibuat oleh kerajaan, kerana beroperasi secara haram,” tambahnya. -MalaysiaGazette