DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Wan Rosdy Wan Ismail.

KUALA LUMPUR – Pekebun haram durian Musang King di Raub, Pahang diminta mematuhi undang-undang dengan mengosongkan tanah kerajaan yang mereka duduki secara haram selama ini.

Tegas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menindas pekebun-pekebun tersebut sebaliknya hanya bertindak mengikut undang-undang.

“Kerajaan Negeri terus bertegas tanpa kompromi dalam isu pekebun haram durian Musang King.

“Kerajaan Negeri mengulangi ketegasan dan komitmen untuk bertindak tegas ke atas tanah-tanah diusahakan secara haram oleh pekebun-pekebun durian Musang King di Raub, yang kini tertangguh ekoran keputusan Mahkamah Tinggi mengenainya baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk  Zainal Azman Ab Aziz pada 28 Ogos yang lalu membenarkan agar pendengaran permohonan kebenaran oleh 111 pekebun haram di Raub bagi semakan kehakiman untuk membatalkan notis pengosongan tanah yang melibatkan kebun-kebun berkenaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Raub dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, ditangguhkan sehingga 28 Oktober 2020.

Menurut Wan Rosdy, sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, kerajaan negeri terpaksa menangguhkan buat sementara semua tindakan bagi menguatkuasakan notis pengosongan berkenaan.- MalaysiaGazette

 

6 Komen

  1. Sepatutnya bertindak mengikuti Kanun Tanah Negara…. Penceroboh tanah Di denda setimpal dengan time lapse…. Compound… Enter, into kawasan hutan simpan Dan tanah Kerajaan negeri bawa ke Mahkamah.. Itu Undang2, tanah

  2. undang2 rimba,
    sbb tu kiasu semua makin senang hidup,makin berani buat sesuka hati,
    cuba kalau org sendiri yg buat,
    confirm kena dah atas alasan ceroboh,
    tp tang kiasu,boleh pulak tunggu mahkamah,
    dah namanya ceroboh,nak tunggu apa lagi??
    sepatutnya hukum terus semua penceroboh,barulah yg lain takut

Comments are closed.