Datuk Seri Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Aktiviti dan operasi pusat hiburan di ibu negara sentiasa dipantau oleh pasukan khas Printah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diwujudkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sebanyak 120 pasukan di setiap ibu pejabat polis daerah memantau aktiviti pusat hiburan dan pematuhan PKPP di ibu negara.

“Pusat-pusat hiburan ini memang tidak dibenarkan buka premis lagi, tapi masalahnya ada yang membuka pintu belakang dan pintu rahsia secara curi-curi.

“Tapi 120 pasukan polis pemantau yang sedia ada buat tangkapan berlunaskan undang-undang yang diperuntukkan kepada polis,” katanya pada sidang di Balai Polis Alam Damai, Cheras hari ini.

Tambahnya, polis Kuala Lumpur sememangnya mengambil tindakan terhadap pusat-pusat hiburan yang melanggar PKPP.

Justeru, katanya, pihaknya juga memberi fokus kepada isu dadah yang terlibat dalam pusat hiburan..

“Kalau ada warganegara asing yang diberi atau diambil kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan (GRO) dalam pusat hiburan juga kita ambil tindakan tangkapan,” ujarnya. – MalaysiaGazette