Suspek-suspek yang ditahan samun bersenjata di KOta Damansara terhadap seorang jurujual tempatan pada kejadian 30 Ogos lalu yang ditumpaskan polis PJ semalam.

PETALING JAYA – Malang bagi seorang jurujual swasta berusia 38 tahun apabila disamun dengan individu bersenjatakan parang di leher oleh empat suspek warga tempatan ketika dalam perjalanan balik ke rumah selepas berkerja.

Kejadian dilaporkan berlaku di tempat letak kereta di The Strend, Jalan PJU 5/22, Kota Damansara pada jam 12.05 tengah malam 30 Ogos lalu.

Ketua Polis daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada hari kejadian keempat-empat suspek yang berumur antara 15 hingga 34 tahun itu telah menghalang kereta yang dinaiki mangsa sebelum membuka pintu bahagian pemandu dan meletakkan parang dileher mangsa dan melarikan barang-barang milik mangsa.

“Polis berjaya menahan mereka dan merampas beberapa barangan dipercayai hasil kejadian samun tersebut.

“Semakan rekod lampau ke atas mereka mendapati, kesemua suspek mempunyai beberapa rekod lampau dadah, jenayah samun, pecah rumah dan mencuri kenderaan.

“Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek mengaku terlibat dengan beberapa siri kejadian samun di sekitar Kota Damansara, Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Barang rampasan dari empat suspek samun bersenjata terhadap seorang jurujual tempatan dalam kejadian 30 Ogos lalu ditumpaskan polis PJ semalam.

Justeruu kata Nik Ezanee, tiga daripada suspek direman selama tujuh hari manakala seorang lagi direman lima hari untuk membantu siasatan kes di bawah 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk melihat penglibatan kesemua suspek dalam kes samun/ragut di kawasan daerah Petaling Jaya.

“Polis berjaya merampas empat beg sandang pelbagai jenama, tujuh telefon bimbit pelbagai jenama, dua power bank, dua kunci motosikal, dua jam tangan berjenama satu buku manual perakam jam digital, dua motosikal dan tiga helmet berjenama

“Turut dirampas sebuah komputer berjenama dua helai baju lengan panjang, sebilah pisau panjang berukuran 48 sentimeter berhulu hitam, sebatang tukul besi panjang berukuran 25 sentimeter dan sebatang pemotong besi disyaki digunakan suspek,” katanya – MalaysiaGazette