Yang Dipertua Dewan Negara ke-18, Tan Sri Rais Yatim berucap selepas mengangkat sumpah pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 02 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Sesi persidangan Dewan Negara yang bermula hari ini dilihat tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di dalam dewan itu, kedudukan antara ahli-ahli Dewan Negara dilihat rapat antara satu sama lain.

Malah mereka tidak dipisahkan dengan jarak satu meter.

Kesemua mereka hanya dipisahkan dengan pembahagi plastik di meja masing-masing.

Malah ada juga yang tidak memakai pelitup muka ketika di dalam Dewan Negara.

Kedudukan sama turut dilihat pada senator di bahagian pembangkang.

Kelihatan Senator Liew Chin Tong duduk sangat rapat dengan Senator Waytha Moorthy dan Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Berbeza dengan sesi Dewan Rakyat yang menempatkan 222 ahli Parlimen di mana kesemua mengikut rapat SOP KKM dengan memisahkan kedudukan masing-masing dengan kerusi bersebelahan dibiarkan kosong. – MalaysiaGazette