Alexey Navalny

MOSCOW – Menteri Luar Slovakia Ivan Korcok mengecam tuduhan meracuni tokoh pembangkang Rusia Alexey Navalny dengan Novicho, kumpulan agen saraf, lapor agensi berita Sputnik.

Pada Rabu, kerajaan Jerman berkata makmal tentera telah menafikan bukti yang mengatakan pengkritik kerajaan Rusia berusia 44 tahun itu diracuni dengan agen saraf.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata tiada kesan toksik ditemui dalam sampel Navalny semasa rawatannya di Rusia.

“Saya sangat mengutuk penggunaan Novichok ke atas Alexey Navalny. Penyiasatan yang telus dan menyeluruh oleh pihak berkuasa Rusia sangat diperlukan,” Korcok menulis dalam ciapannya di laman Twitter pada Rabu.

Navalny sakit teruk ketika dalam penerbangan dari Siberia ke Moscow pada 20 Ogos. Beliau ditempatkan di sebuah hospital di bandar Omsk di Siberia, lokasi pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan. Dua hari kemudian, Navalny dibawa ke klinik Charite yang berpusat di Berlin untuk rawatan lanjut.- BERNAMA