KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menyediakan Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili awam bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan air selepas terjejas teruk sejak semalam.

Menerusi Twitter, Air Selangor memaklumkan, kemudahan itu beroperasi 24 jam selain agihan turut disediakan melalui lori tangki.

Agensi itu turut menyarankan pengguna mendapatkan air melalui kemudahan tersebut sehingga bekalan itu pulih sepenuhnya.

Di Wilayah Petaling kemudahan itu disediakan di Kota Damansara (Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Nuri, Seksyen 7), Sungai Buloh (Jalan Kubu Gajah, Taman Seri Buloh, U19/1A), Jalan 23, Taman Bukit Kuchai, Jalan PJS 1/25 (berdekatan gelanggang futsal) dan SS13 Kompleks 3K.

Di Gombak pula, ia disediakan di Persiaran Kenanga, Bandar Seri Damansara, Jalan 23/56, AU3 Keramat dan AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai.

Manakala di Kuala Lumpur ia disediakan di tempat letak kereta Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim serta Lorong Raja Muda Abdul Aziz (sebelah padang bola Hospital Kuala Lumpur).

Bagi penduduk di Klang pula, kemudahan itu disediakan di PKS di
Masjid As Saadah, Bandar Sultan Sulaiman, Lingkaran Sultan Abd Samad 2, Taman Rekreasi Bandar Parkland, Jalan Delima, Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail, Masjid Umuriah, Jalan Kebun Baru, Kapar, Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sungai Gapis 27/711
dan Pusat Khidmat Ahli Majlis, Jalan Durian 4/1, Seksyen 4, Shah Alam.

Bagi Kuala Selangor, kemudahan tersebut dibuka Stadium Kuala Selangor.

Lokasi pili awam pula disediakan di Taman Wawasan, Stor MPSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Subang dan Jalan Indah 2/2 Puchong Indah (Petaling); Lembah Jaya Selatan dan AU3 Keramat (Gombak), Persiaran Setia Murni, Setia Alam (Klang) serta stesen bas Tanjong Karang. – MalaysiaGazette