Dua individu yang dikehendaki SPRM dalam membantu siasatan kes.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjejaki dua individu untuk membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Menurut kenyataan SPRM, Bahagian Operasi Khas (BOK) sedang mengesan seorang wanita bernama Mala K.N.K Nair, 61 dengan alamat terakhir di No. 6, Lorong Dato Sulaiman 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Nasir Ahmad Tajudin di talian 016-3761940,” katanya hari ini.

Sementara itu, SPRM Kuala Lumpur sedang mengesan individu, Di Thien Chon, 50.

Alamat terakhir lelaki itu adalah di No 29, Jalan Dato Haji 1, Taman Tan Yew Lai, Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Theon Chon diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Firdaus Md Saad di talian 03-9206 5000 atau 019-4728260,” tegas suruhanjaya itu lagi.-MalaysiaGazette