Alexei Navalny. foto Agensi

MOSCOW – Rusia mesti menjelaskan bagaimana Alexei Navalny diracuni dengan agen saraf Novichok, kata Menteri Luar Britain, Dominic Raab.

“Yang jelas sekarang ialah pemerintah Rusia perlu merungkai persoalan yang sangat serius,” katanya kepada Sky News.

Sama ada kejadian itu melibatkan pelaku negara atau tidak, Rusia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa senjata kimia tidak boleh digunakan di negara itu, kata Raab.

Navalny yang koma kini menerima rawatan di hospital di Berlin, Jerman.

Jerman mendakwa pemimpin pembangkang itu telah diracun dengan agen saraf yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet dan Rusia.