KUALA LUMPUR – Jalan susur masuk Plaza Tol Kajang menuju ke Kuala Lumpur akan ditutup kepada semua kenderaan bermula 9 September ini hingga 9 Oktober depan, mulai jam 10 malam hingga 5 pagi.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan memotong pokok-pokok besar menggunakan jentera khas dapat dijalankan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.

Sehubungan itu, pelanggan lebuh raya dari arah Kajang yang menuju ke Kuala Lumpur dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dengan menggunakan Lebuh raya SILK dan Besraya untuk ke pusat bandaraya.

Sementara itu, pelanggan juga boleh menggunakan Lebuh raya SILK dan Besraya untuk memasuki lebuh raya PLUS melalui Plaza Tol UPM.

PLUS juga menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi semua papantanda dan arahan yang disediakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast