Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menimbulkan rasa peliknya ke atas Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Veveonah Mosibin.

Jelas beliau, mana kedua-dua kementerian itu tatkala seorang pelajar sedang ‘dibuli’ oleh dua Timbalan Menteri.

“Mana MOHE (Kementerian Pengajian Tinggi) dan MOE (Kementerian Pendidikan) bila mana seorang pelajar sedang dibuli oleh Timbalan Menteri yang juga rakan-rakan anda,” soal Maszlee lagi.

Maszlee adalah Menteri Pendidikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan sebelum meletakan jawatan pada Januari lalu.

Kementerian Pendidikan kini diterajui Dr Radzi Mohd Jidin dan Kementerian Pengajian Tinggi diterajui Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan 1 yang juga Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri mendakwa isu yang didakwa Veveonah Mosibin adalah palsu.

Malah beliau menganggap pelajar terbabit hanya ‘membuat drama’ bagi mendapat perhatian.

Jelas Abdul Rahim, beliau serta pegawainya telah membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya, pegawainya telah berjumpa dua ketua kampung – Elwin Madisa (Ketua Kampung Sepatalang) dan Edward Upak Ketua Kampung Bilangau Besar) Daerah Pitas, Kota Marudu Sabah bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

Isu Veveonah bermula apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin mendakwa remaja dari Pitas, Sabah itu tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau mencari capaian internet di atas pokok untuk menduduki peperiksaan universiti secara dalam talian, tular di media sosial.

Zahidi bagaimanapun mengemukakan permohonan maaf kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah susulan kenyataan awal terhadap remaja itu sewaktu perbahasan di Dewan Negara, minggu lalu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alaaaa masa ko jd Menteri pun ko tak buat apa pun…yg kau buat ialah lantik kroni2 ko jd Naib Canselor…poodahhh..btw Tol Simpang Renggam bila nak hapus??? kaki kencing

Comments are closed.