Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah memulakan siasatan pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian Musang King.

Kini suruhanjaya itu sedang mengumpul maklumat dan meneliti beberapa dokumen berkaitan daripada pihak terlibat.

Menurut kenyataan SPRM, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam isu ini.

Sehubungan itu, agensi itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pencerobohan tanah di Raub untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan. – MalaysiaGazette

Tubuh RCI selesai isu teroka tanah haram dan dusun Musang King