Veveonah Mosibin. Gambar Facebook

KUALA LUMPUR – Abang Veveonah yang kecewa apabila Timbalan Menteri Kewangan 1, menuduhnya adiknya berbohong mencabar Datuk Rahim Bakri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk turun padang melihat sendiri kemudahan di kampungnya di Pitas.

Mekvin Mosibin mendakwa Rahim bukan selalu ke Pitas untuk menjenguk rakyat di situ, lantaran itu tidak tahu kehidupan sebenar penduduk di sana.

Jelasnya, video tular yang dikongsikan oleh penutut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu hanya bertujuan untuk berkongsi kisah hidup bagaimana kesukarannya untuk belajar.

Mekvin menambah, adik dan keluarganya bukan meminta apa-apa, apatahlah memohon bantuan atau sumbangan. Bahkan minta kesian pun tidak.

Malah, Veveonah tidak tahu pun tindakannya itu menjadi isu besar.

”Di sini saya ingin memberi tahu bahawa Video yang Adik saya buat itu dan dimuat naik dalam youtube adalah untuk mengkongsikan suasana di kampung, kehidupan di kampung, cara anak muda yang susah untuk belajar macam mana dan belajar sesuatu yang benar dan berfaedah, Adik saya dan Family saya tidak cakap pun minta segala bantuan la,, sumbangan la minta kasian la,,, tidak,,, Tapi yang otak Politik dan Dengki itu ya,,, Mesti ada pada setiap manusia yang berkenaan,,, Tidak senang bila orang YB ka Timbalan Menteri ka,, atau pengikutnya tengok orang kampung yang dapat kejayaan,,, Haiii YB belum tentu kau boleh lawan Rakyat mu,,, Kerana Kuasa Mu ada di tangan Rakyat,,, Siapa rakyat,,, Rakyatlah yang menyokong mu jadi YB atau Timbalan Menteri.,,, Tetapi bila kau dah senang dan kayaraya,,, Kau dah lupa orang kampung yang masih memerlukan sesuatu,,,

”Ya YB dan Timbalan Menteri untuk Komunikasi dan Multimedia,,, Kerana urusan mu itu pilihkasih,,, Kalau kau YB,, turun padanglah,, masuk semua kampung pendalaman,,, Dan kau akan rasakan kehidupan orang kampung,,, Baru kau tahu,,, bukan juga kau mau tahu surat menyurat, mesej dari orang yang tidak tepat,,, Kau YB,,, Tanggungjawab mu itu terlalu besar,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Rahim mendakwa isu yang didakwa Veveonah adalah palsu dan menganggap pelajar terbabit hanya ‘membuat drama’ bagi mendapat perhatian.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Dewan Negara juga mendakwa perbuatan Vebeonah sekadar mahu meraih bilangan pengikut media sosialnya semata-mata.

Beliau berkata, hasil siasatan kementeriannya mendapati gadis itu tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam.

Bagaimanapun selepas itu Zahidi mengakui dirinya mendapat maklumat tidak tepat dan meminta maaf kepada Veveonah.

Isu salah informasi mengenai Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet masih belum selesai.

Selepas beberapa hari memohon maaf, Zahidi sekali lagi mendedahkan bahawa maklumat yang diperolehinya itu diberikan oleh Rahim.

Dalam melahirkan isi hatinya, Mekvin berkata, video adiknya hanya berkongsikan tahap capaian Internet sahaja, belum lagi tentang bekalan air dan elektrik.

”Lai lai lai,,, mai mai mai … tapi jangan pilih kampung pula … mesti seluruh tempat kekuasan mu itu ,,, sampai lubang cacing kau datang turun padang… coba ambil pengalaman melayar internet di kampung pedalaman pula bagaimana rasanya kepada YB atau Timbalan Menteri… Itu baru Internet belum lagi Bekalan air,, Bekalan elektrik,” ujarnya.

Katanya, Zainul sepatutnya menjadikan isu video adiknya untuk perbaiki rakyat dan bukan memperbesar dan menentangnya dengan mendakwa adiknya berbohong.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast