Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump akan mengumumkan penarikan balik pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dari Iraq, kata seorang pegawai kanan pentadbiran.

Pengumuman itu akan diikuti oleh yang lain dalam beberapa hari akan datang mengenai pengurangan pasukan tentera AS di Afghanistan, kata pegawai itu.

Keputusan itu diambil ketika Trump, wakil dari Republikan, menghadapi serangan balas daripada laporan bahawa beliau didakwa membuat kenyataan yang tidak senonoh mengenai kematian perang AS.

Trump berdepan dengan saingan Demokrat Joe Biden dalam pemilihan Presiden AS menjelang pilihan raya 3 November.

Pengumuman yang bakal dibuat dan tempoh waktunya dilihat bertujuan untuk meyakinkan pengundi bahawa beliau menepati janji untuk mengakhiri apa yang telah digambarkannya sebelum ini bahawa peperangan AS tidak ada berkesudahan.

AS mempunyai sekitar 5,200 tentera yang dikerahkan di Iraq untuk memerangi kumpulan militan IS.

Bulan lalu, seorang pegawai AS mendedahkan AS dijangka mengurangkan jumlah tenteranya di Iraq sekitar satu pertiga dalam beberapa bulan akan datang.

AS pada masa ini mempunyai sekitar 8,600 tentera di Afghanistan.

Trump mengatakan dalam wawancara dengan Axios yang dikeluarkan bulan lalu bahawa AS merancang untuk menurunkan jumlah itu kepada kira-kira 4,000. – MalaysiaGazette