Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR- Kabinet memutuskan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I,Datuk Abdul Rahim Bakri terhadap Veveonah Mosibin adalah tidak betul dan tidak wajar.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jemaah menteri telah berbincang mengenai isu pelajar Universiti Malaysia Sabah itu pagi tadi.

“Kabinet setuju isu sebenar adalah capaian internet dan kemudahan asas lain khususnya di pedalaman.

“Kerajaan akan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki (perkara tersebut),” katanya dalam satu ciapan di Twitternya hari ini.

Nama Veveonah kembali tular beberapa hari lalu apabila Zahidi memberitahu, pelajar berusia 18 tahun itu tidak memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara dalam talian.

Sebaliknya, gadis berkenaan hanya berbuat demikian untuk mencipta kandungan bagi saluran Youtubenya.

Zahidi bagaimanapun membetulkan semula kenyataan beliau serta meminta maaf beberapa jam kemudian.

Isu tersebut dihangatkan lagi apabila Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat memuat naik satu status di Facebooknya mengatakan Veveonah telah menipu dan mengatakan siasatan telah dijalankan untuk memastikan gadis berkenaan benar-benar menduduki peperiksaan di atas pokok atau tidak seperti yang disiarkan melalui videonya itu – MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

  1. Skjap, stahu kami budak tu hnya akn msuk UMS , tak masuk lg kn, apa yg dia buat, dr mana dia ambil peperiksaan nya?? Klu nk menipu pun agak2 lh, klu nk capaian internet pun agak2 lh nk mnipu..ada terfikir tak kwsan perdalaman gua musang tak pnh merungut pun internet ada ke tak ada ke..tak adil lh pihak berwajid ambil noted hnya di sabah, smenanjung sini pun bkn smua yg blh capai internet…biar lh adil demi utk kebaikan bsama..dan pihak berwajid juga tak pyh nk lebih2 siarkn dlm iklan tv pasa org tu..mesti lh buat scara umum, tak pyh hnya fokus kpd ngeri2 tertentu shja..dan satu lg kami nk pesen, tak plu ada salah pendapat diantara menteri2 dlm krjaan yg sama, tidak pyh nk ambil kesempatan politik tertentu, bincing dlm kabinet , bkn di media sosial ya..nnti rakyat akn lihat menteri2 dlm kerjaan pun tak sepakat n ada yg tidak sebulu antara satu sama lain, sdgkan dlm politik yg szma..pls ya menteri2 or pemimpin2 ngra..jgn bg rakyat lihat kbodohan menteri2 tu.

Comments are closed.