Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Sehingga 31 Ogos 2020, sebanyak RM1.67 bilion dalam bentuk diskaun ke atas bil elektrik telah diberikan kepada sekitar 7 juta pengguna domestik.

Dari jumlah besar diskaun elektrik yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), 83% telah dimanfaatkan oleh pengguna domestik.

Dalam tempoh tersebut juga, jumlah diskaun bil elektrik yang telah diberikan kepada 1.4 juta syarikat dari sektor komersial adalah sebanyak RM181.7 juta, mewakili 17% dari jumlah diskaun elektrik keseluruhan dimanfaatkan oleh sektor komersial.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah pengeluaran kumulatif Skim pengeluaran i-Lestari di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di antara April sehingga 28 Ogos lalu adalah sebanyak RM7.54 bilion (peningkatan daripada RM7.48 bilion minggu
lalu).

Jumlah ini melibatkan 4.59 juta penerima (peningkatan daripada 4.57 juta minggu lalu).

Bagi Dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) ( yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah permohonan yang telah diluluskan setakat 30 Ogos lalu oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS adalah RM10.3 billion (peningkatan daripada RM10.2 billion minggu lalu) yang akan memberi manfaat kepada 22,440 PKS (peningkatanm daripada 22,322 PKS minggu lalu).

Jumlah ini termasuk dana Special Relief Facility (SRF), Automation & Digitalisation Facility (ADF), All-Economic Sector Facility (AES)
dan Agrofood Facility (AF), menurutnya dalam Laporan Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Walaupun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhnya, PKS masih boleh memohon skim pembiayaan yang masih tersedia melalui Tabung BNM seperti ADF, AES dan AF, tambah beliau.

PKS juga boleh mendapatkan pembiayaan lain melalui platform imSME di pautan https://imsme.com.my/portal/bm/ yang boleh membantu dalam membuat
padanan pembiayaan yang diperlukan dengan pelbagai penyedia dana untuk PKS. – MalaysiaGazette