police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis yang difahamkan bertugas sebagai anggota pengiring maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini.

Kejadian itu berlaku di Jalan Sungai Besi ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Lans Koperal Shahrul Azwan Abdul Sain, 28 tahun.

Ujarnya, mangsa beralamat di perumahan polis Taman Miharja, Cheras, Kuala Lumpur.

“Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Salak Selatan menuju pusat bandar raya (berhampiran Sg. Kerayong) dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC selepas selesai bertugas.

“Setiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran kuat itu, penghadang besi itu terkena pada leher mangsa mengakibatkan mangsa parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa telah dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Katanya polis sedang menyiasat insiden di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, mangsa juga merupakan anggota polis cawangan polis pengiring Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Ujar Zulkifly, mangsa telah berkhidmat selama lima tahun dalam PDRM sebagai anggota polis pengiring rapat bersama kementerian itu.-MalaysiaGazette